Sayang,
Perasaan yang dikurniakan oleh yang maha esa,
Menjadi fitrah manusia,
Saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Kerana sayang manusia jadi buta,
Sanggup berkorban apa sahaja,
Asalkan orang tersayang bahagia,
Segala cacian yang dilemparkan kau diamkan sahaja,
Hinaan demi hinaan telah kau terima,
Kerana sayang manusia jadi gila,
Rela diperbodohkan demi cinta,
Perasaan sayang yang sukar untuk digambarkan,
Membawa seribu makna,
Menerangi kehidupan yang gelap gelita,
Kebahagiaan yang di idamkan kini menjadi realiti.
salam :)




No comments:
Post a Comment